Asam Garam Kehidupan: Diolog di celah perang..." AJARKAN SAYA ISLAM"

Nuffnang

Pages

7 Oct 2013

Diolog di celah perang..." AJARKAN SAYA ISLAM"

Keluarbiasaan strategi dan pergerakan Saidina Khalid Al Walid di medan perang telah mengkagumkan para panglima Rom dan komandan pasukannya. Sewaktu peperangan berhenti seketika, salah seorang daripada mereka yang bernama Georgius telah mengundang Saidina Khalid menemuinya.

Apabila bertemu, panglima Rom itu berkata: " Tuan Khalid, jujurlah anda kepadaku, jangan berbohong. Sebab orang merdeka tidak berbohong. "

" Apakah Allah telah menurunkan sebilah pedang kepada Nabi anda dari langit, lalu pedang itu diberikannya kepada anda, hingga setiap anda hunuskannya terhadap musuh, pedang itu pasti akan membinasakannya?"

Saidina Khalid menjawab, " Oh, tidak!"

Georgius bertanya," Tapi kenapa anda digelar Pedang Allah?"

Jawab Saidina Khalid," Sesungguhnya Allah telah mengutus Rasulnya kepada kami, sebahagian kami ada yang membenarkannya dan sebahagian mendustakannya. Aku termasuk orang yang mendustakannya, sehingga akhirnya Allah menjadikan hatiku menerima Islam dan memberi petunjuk kepada kami melalui Rasulnya, lalu kami berjanji setia kepadanya.."

" Kemudian Rasul mendoakana aku: Engkau adalah pedang Allah di antara sekian banyak pedangnya, demikianlah maka aku digelar Pedang Allah,"

Georgius bertanya lagi, " Apakah yang diserunya kepada anda?"

" Kepada mentauhidkan Allah dan kepada Islam."

" Apakah orang-orang yang masuk Islam sekarang akan mendapat pahala dan ganjaran seperti anda juga?"

" Memang, bahkan lebih..."

" Bagaimana jadi begitu, sedangkan anda lebih dahulu memeluk Islam?"

" Kerana sesungguhnya kami telah hidup bersama Rasulullah SAW, kami telah melihat tanda-tanda kerasulan dan mukjizatnya dan sewajarnyalah bagi setiap orang yang telah melihat seperti yang kami lihat dan mendengar seperti apa yang kami dengar, akan masuk Islam dengan mudah... Adapun anda, orang yang belum pernah melihat dan mendengarnya, lalu anda beriman kepada yang Ghaib, maka pahala anda lebih berlipat ganda besar, bila anda membenarkan Allah dengan hati ikhlas serta niat yang suci."

Panglima Rom itu mendekati Saidina Khalid seraya berkata, " " Ajarkanlah saya Islam wahai Khalid.."

Apabila peperangan disambung semula, kelihatanlah Georgius berperang di pihak Islam. Dan dia bermati-matian berjuang menuntut syahid, sehingga ia mencapainya dan berbahagia mendapatkannya....

* Subhanallah...apabila Allah berkehendak.....*
* Tak lupa, terimakasih dan ahlan wasahlan buat teman-teman baru- permata raz dan ummialya, semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke Jannah, amin...*

4 comments:

  1. Saidina Abu Bakar memang pejuang kental. Para syuhada' dulu kental bukan saja dlam peperangan tapu juga dalam menyebarkan syiar Islam tak seperti sekarang Islam bagai terpinggir. Cuba nak mengajar pun kena ada kebenaran, sedangkan mereka yg punya kuasa pula bagaikan tidak menghiraukan saudara sesama Islam yg kian mungkar.. sedih..

    Moga kita diberi kekuatan menjaga keluarga dlm syiar Islam semampu boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga2 dgn selalu membaca kisah para pejuang Islam yang gigih kita mendapat sedikit kekuatan dalaman, terutama dalam kita menghadapi realiti kehidupan masa kini yang nyata sangat mencabar iman kita.

      Delete
  2. sedih bila memikirkannya..
    tapi di sudut lain Islam semakin berkembang.

    ReplyDelete
  3. Janji Allah pasti berlaku..Islam pasti gemilang untuk kali kedua

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign