14 Oct 2013
DOA ARAFAH
Umat islam di sunatkan membaca 'Doa Hari Arafah' walau di mana pun mereka berada. Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah padang Arafah iaitu hari kesemua jemaah haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.
Waktunya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT dan hak menunaikan adalah hak Allah jua.
Nabi Muhammad bersabda, " Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah." ( HR At Tirmidzi disahihkan Al Albani )
Doa Arafah bukan sahaja baik baik dibaca oleh jemaah haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh umat Islam walaupun tidak berada di Padang Arafah.
DOA ARAFAH
( Bahasa Melayu )
" Ya Allah, wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, wahai Yang Paling Pengasih dari segala yang mengasihi.
Ya, Allah, sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu, sampaikan selawat ke Nabi Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya, sampaikanlah selawat ke atas nabi Muhammad dan keluarganya yang berada di dalam kafilah para malaikat, sampaikanlah selawat ke atas nabi Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul.
Ya Allah, kurniakanlah kepada nabi Muhammad dan keluarganya wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.
Ya Allah bahawasanya daku mempercayai nabi Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya, maka jangan halangi aku melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkan kepadaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, bahawasanya daku mempercayai nabi Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka perkenalkanlah padaku wajahnya di syurga.
Muga IM akan dapat menjejak kaki ke Arafah satu masa nanti...
ReplyDeleteInsyaAllah, amin..
ReplyDeletesalam aidiladha dari CN sekeluarga ;)
ReplyDeletesalam aidiladha juga buat CN sekeluarga :)
DeleteTerima kasih kongsi. Tak dapat amalkan sebab terlambat baca.
ReplyDelete-wina1979-
takpe...salin..boleh baca tahun depan, InsyaAllah..:)
ReplyDelete