Asam Garam Kehidupan: ingatlah ALLAH walau di mana jua....

Nuffnang

Pages

1 Oct 2013

ingatlah ALLAH walau di mana jua....

Apabila bangun tidur sahaja di waktu subuh, mulakan dengan Tuhan. Ingatlah Tuhan, Dia adalah Kawan Setiamu.

Apabila nanti kamu menyembahNya di dalam solatmu, engkau  akan mudah mengingatiNya. Engkau akan rasa puas beribadah, kerana segala ikrar, seluruh bentuk pengaduan telah engkau panjatkan kepadaNya.

Selepas selesai semua itu, kalau perlu makan, maka makanlah rezeki yang dianugerahkan kepadamu. Tetapi ingatlah lebih dahulu nikmay yang di hadapanmu itu adalah anugerahNya. Dan rasakan di hati bahawa kita tidak layak menerimanya. Tapi Allah Taala dengan kemurahanNya diberiNya juga, agar kita merasa malu berhadapan dengan nikmat Tuhan. Juga agar kita malu kepadaNya kerana merasa Ia sentiasa memerhatikan kita. Kemudian mulakanlah makan dengan menyebut namaNya lebih dahulu.

Selepaslah itu tunaikanlah kewajiban masing-masing di tempat kerja dengan penuh rasa tanggungjawab, kerana semuanya akan dipersoalkan di hadapan Khadi Rabbul Jalil. Dia sentiasa ada memerhatikan dan melihat kerja-kerja kita, amanah atau tidaknya kita, semua dalam perhitunganNya yang maha Detail.

Selesai bekerja, menjelang pulang ingatlah bahawa Tuhan masih bersama kita..sentiasa..Rasakanlah malu, jagalah malu, jagalah mata, jagalah telinga jua lisanmu, Dia melihat kita. Sampai di rumah, masuklah ke rumah bersama Tuhan. Apabila mengerjakan solat Maghrib dan Isya', sembahyanglah puas-puas, ertinya kita bercakap-cakap dengan Tuhan sepenuh hati seperti subuh tadi. Selepas itu tidurlah bersama Tuhan, ingatlah Dia Penjaga Setia kita sepanjang lena kita...malunya..

Ertinya sepanjang hidup kita, kita mulakan dengan Tuhan dan kita tutuplah dengan Tuhan. Di waktu itu, kalau kita mati, di waktu mana dan bagaimanapun tidak mengapa. Kerana seluruh hidup kita telah mengikut disiplin Tuhan. 


6 comments:

  1. Indahnya hidup andai mengikut peraturan dan syariat.
    Betul sebab itulah menyebut/ingatkan Allah juga sebagai satu terapi/ubat diri kita..

    ReplyDelete
  2. Susahnya nak letakkan DIA dalam hati kita, tidak semudah yang dizahirkan dengan kata-kata atau tulisan, apa pun sebagai hamba kena usahakan juga untuk kadang-kala kalah dan menang dalam mujahadah ini..tolonglah ya Allah..hamba tak mampu..

    ReplyDelete
  3. Ya-Allah sesungguhnya memang Kau yg Maha berkuasa...walau hanya di alam maya..mempunyai sahabat yg sentiasa mengingatkan aku kepada MU...tq sis....melewati tulisan2 kamu yg sentiasa mahu mendekat kan diri kepada pencipta sekaligus mengheret rakan2 maya kamu yg singgah kesini agar tidak lupa kepada ALLAH S.W.T....

    ReplyDelete
  4. ye kak, sesungguhnya rasa diri tak mampu itu adalah sebaik-baik guru dalam mencari cintaNya, kerana dengan rasa itu kita akan rasa diri lemah dan memerlukan tempat pergantungan Maha Haq iaitu hanya DIA

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    kena selalu ingat allah
    dia yg maha memberi dan menarik balik segala nikmatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih... salam ukhwah, salam perkenalan : )

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign