seperti yang dijanjikan, inilah sambungan dari cerita semalam, semoga jadi iktibar buat kita bersama.
Mereka yang hadir tercengang mendengar kata-kata yang kurang sopan itu. Tambahan pula orang yang diperkecilkan oleh pemuda Khurasan itu ialah seorang sahabat Rasulullah yang paling banyak menghafal hadis dan disayangi oleh Baginda SAW.
Tiba-tiba seekor ular menjelma di tengah-tengah majlis tersebut. Orang ramai terkejut lalu meluru keluar dan lari bertempiaran. Yang peliknya ular itu hanya mengejar pemuda yang bermulut lancang itu sahaja.
Begitulah balasan kepada orang yang menghina sahabat Nabi, menghina para sahabat samalah seperti menghina Nabi sendiri, manakala menghina Nabi pula samalah seperti menghina Allah SWT. Baginda pernah bersabda, " Para sahabatku umpama bintang di langit, sesiapa yang mengikutnya nescaya ia tidak akan tersesat "
No comments:
Post a Comment