Asam Garam Kehidupan: IMAM HAMBAL- KITAB-KITAB HADIS.

Nuffnang

Pages

1 Nov 2013

IMAM HAMBAL- KITAB-KITAB HADIS.

saya sambung kembali kisah Imam Hambal- mari bersama kita telusuri kisah orang Tuhan yang gigih ini.

Imam Hambal juga mengarang kitab. Kebanyakan kitab hasil karangannya ialah kitab-kitab hadis. Kitab Al Musnad adalah antara kitab-kitabnya yang mahsyur. Di dalamnya terhimpun 40 ribu hadis.

Imam Hambal kurang memberi penumpuan dalam menyusun ilmu-ilmu Feqah. Pun begitu pendapat dan pandangan beliau dalam membicarakan masalh-masalh berkait dengan ilmu tersebut telah dikumpulkan dan disusun dalam bentuk kitab, anaranya ialah kitab Al Jamiul Akbir, yang disusun oleh Ahmad bin Muhammad Al Hilal merangkumi 20 jilid.

Ketika usianya mencecah ke angka 40 tahun, Imam Hambal mula melibatkan diri dalam bidang penyampaia n ilmu. Beliau menjadi guru agama dan mengajar di masjid Jamek di kota Baghdad. Walaupun beliau seorang yang kuat ingatan dan tajam fikiran, namun beliau lebih suka mengajar dengan melihat pada kitab. Beliau berpesan kepada seorang muridnya; " Jangan kamu meriwayatkan sesuatu kecuali dengan berpandukan kitab."

Telah berlaku pada zaman pertengahan pendapat di antara golongan ahlus sunnah dan Muktazillah, penganut fahaman ahlus sunnah dipaksa mengakui Al Quran itu baharu. Imam Hambal adalah salah seorang daripada mereka yang menjadi mangsa paksaan itu. Denga tegas dan berani Imam Hambal menyatakan pandangan:
" Al Quran itu qadim, Al Quran itu qalam Allah."

Lanjutan dari pengakuan itu, Imam Hambal dipukul sehingga pengsan. Imam Hambal dimasukkan ke penjara. Dua tahun setengah lamanya beliau merengkok di dalam penjara. 

Sepanjang tempoh itu, bermacam seksaan dan hukuman dikenakan ke atasnya bagi memaksa beliau mengubah pendirian dan keyakinannya. Namun beliau tetap tegas berpegang kepada keyakinannya.

Akhirnya Imam Hambal dibebaskan. Kali ini beliau dibuang daerah pula. Empat belas tahun selepas itu, Imam Hambal dipanggil pulang dan pemerintah mengizinkannya mengajar seperti biasa dengan ditawarkan berbagai-bagai jenis hadiah. 

Imam Hambal menolak semua tawaran dan pemberian itu. Menurutnya ada sebab tertentu kenapa pemerintah berbuat demikian. Pun begitu setelah berkali-kali dipujuk akhirnya Imam Hambal menerima juga hadiah-hadiah tersebut, tetapi semuanya dibahagi-bahagikan semuanya kepada fakir miskin.



2 comments:

  1. Kalau kita mendapat hadiah bagi-bagi kroni sendiri mana ada terfikir nak bagi org susah. Hebatnya seorg hamba Allah bernama imam Hambal ini kan

    ps: Azi jgn marah ye kakak nak beritahu ruang N3 tulisan sebelah kanan ada tertutup sedikit mungkin sebab tulisan diboldkan. Tak tahu Azi sedar atau tak.. dah lama sebenarnya tapi akhirnya kakak inform juga hari ini.. harap maaf.

    ReplyDelete
  2. oyeke.. sebab saya tak nampak apa2 masalah kat sini, terimakasih inform, nanti saya cuba fix kan..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign