Asam Garam Kehidupan: Fahami hikmah ujian..

Nuffnang

Pages

25 Oct 2013

Fahami hikmah ujian..

Setiap takdir Tuhan ke atas kita, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran.Kita harus kenal diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campur tangan ( boleh kah kita minta nak cantik, nak handsom, nak putih, nak begini, nak begitu, ..tidak ada lansung...) Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Tuhan jugalah yang memberikan kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan suatu kesusahan  ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya kuasa apa-apa. Mungkin selama ini kita berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita lupa untuk bergantung dan berharap padaNya.

Mari kita cuba fahami hikmah ujian Tuhan ke atas diri kita:

1. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan.  Antara maksud-maksud baik dari Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita. Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan diri kita dan membaikinya serta bertaubat. Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita bergantung dan berharap padaNya.

2. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan kita, tentu ada maksud pendidkan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti semula segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita.

3. Begitu juga apabila sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisiNya.

4. Apabila berhadapan dengan ujian waktu itu akan terserlahlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam diri kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi aka terasa dan terserlah apabila kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu diri kita siapa. Kalau sebelum ini kita nampak lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal.. Kalau sebelum ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan.

Pendek kata , segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik agar kita kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhaiNya. Dengan itu kita kan selamat dari kemurkaanNya. Hendaklah kita pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita tenang dan kita juga mendapat hasil yang positif daripadanya. Bermunajatlah...." Tuhan, Kau beri ujian ini untuk Kau berikan kepadaku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan mendapat ganjaran di sisiMu, tetapi yang lebih penting aku dapat mendekatkan diri kepadaMU. Berikanlah aku kekuatan kerana tanpa campur tangan dariMu aku bukanlah siapa-siapa Tuhan, aku lemah...bantulah aku selalu...."

* Ahlan wasahlan buat sahabat baru saya Tetamu Istimewa, terimakasih kerana sudi berukhwah dengan saya, semoga kita sama-sama mendapat manfaat di dunia dan Akhirat, amin.*

2 comments:

  1. .... kerana sesungguhnya apa juga yg Allah jadikan ada hikmah yg kita tidak tahu. Jadi kenalah redha dan percaya qada' dan qadar Allah adalah benar belaka..

    ReplyDelete
  2. ya kakzakie..kembali kepada qadha dan qadar, supaya hati kita tenang dan sabar dengan setiap ujian yang menimpa kita, cuma sebagai insan biasa yang masih dalam proses membaiki diri kita akan sesekali terbabas jua...

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign