Asam Garam Kehidupan: Nak hilangkan ngantuk lepas subuh..

Nuffnang

Pages

14 Oct 2013

Nak hilangkan ngantuk lepas subuh..

Hari ni kebanyakan sekolah bercuti sempena Aidil Adha esok. Anak-anakku kembali menyambung tidur selepas selesai solat subuh. Akupun..kalau ikutkan nafsu tidur..rasa nak tumbang balik dengan telekung..tak boleh jadi..

Hari ni InsyaAllah banyak kerja nak diselesaikan. Sementara tunggu hari agak cerah baiklah update blog dulu, sambil blogwalking juga..haaa..cerahpun biji mata..hilang ngantuk..

Malam ni kakak sampai dari Kuala Terengganu, mestilah nak masak spesial sikit, boleh juga sekali round masak untuk untuk raya esok. Rasanya raya ni tak ke mana-mana, macam tak sempat. Suami ada beritau tak jadi balik Rembau ( kampung suami, kakak ipar ajak balik juga, tak tahulah, masa agak suntuk ). Hmmm..kalau camtu, bolehlah ajak Faris dan Fairus datang ke rumah, sekali boleh ziarah pusara Ma, rasanya diorang dah lama tak ke sana.

Cadangnya nak buat nasi himpit kuah kacang, lawan dengan rendang ayam, nak masak spageti kesukaan kakak. Sempat ke? Banyak juga kerja lain nak kena settle ni..InsyaAllah kot...?
Rendang ayam kena masak lebih sikit, boleh bekalkan untuk abang yang nak balik asrama petang esok. Rabu dia dah sekolah, Alhamdulillah sempatlah juga diorang dua beradik berjumpa.

Di kesempatan ini izinkan saya menghulur salam, mohon kemaafan jika ada antara apa yang nukilkan di laman ini bisa mengguris perasaan sesama kita, jika apa yang saya tulis sangat mengikut nafsu jahat saya..apa yang baik itu datangnya dari Dia, yang lemah dan jahat itu dari saya sendiri. Ampun maaf semua. Salam Aidil Adha.

5 comments:

  1. Salam Aidil Adha juga.

    -wina1979-

    ReplyDelete
  2. salam aidiladha kak..saya balik ni baru nak bersilat kat dapur... sekarang tengah kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidil adha juga buat Farah..kerajaan ngn swasta memang kerja harini kan, esok je cuti, rabu dah keje semula, sekolah je cuti 2 hari..termasuk tadika akak

      Delete
  3. Selamat menyambut hari raya qurban. Moga perancangan berjalan lancar.
    Maaf juga dari kakak ye Azi...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan..hampir siap..semuanya untuk anak-anak je..terimakasih kakzakie kerana selalu berukhwah dengan saya..:)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign