Asam Garam Kehidupan: Menghina diri pada Tuhan

Nuffnang

Pages

3 Oct 2013

Menghina diri pada Tuhan

Sepatutnya bagi orang yang beribadah, semakin dia beramal ibadah, semakin dia melihat dan merasakan kehinaan dirinya di depan Allah. Patutnya setiap kali sujud kita merasakan hinanya diri. Jadi kalau orang yand dalam sujudnya tidak melihat dan merasakan kehinaan dirinya, ertinya dia sedang melakukan derhaka. Hal ini sangat kurang kita ambil perhatian. Sebab itulah jangan rasa senang apabila selesai mengerjakan sembahyang, kerana mungkin dalam sembahyang itu kita telah derhaka kepada Tuhan. Setiap kali sujud tetapi tidak merasakan diri hina, adalah umpama seorang anak yang dipanggil oleh bapanya. Anak itu datang dengan bercekak pinggang, bermasam muka dan melawan cakap walaupun dia tunaikan panggilan bapanya itu. Jika dengan Tuhan kita tidak dapat berakhlak apalagi dengan suami, ibu bapa, guru dan lain-lain, mana mungkin kita boleh berakhlak.

* peringatan buat diriku yang selalu lupa, ampunkan aku Tuhan, siapalah aku tanpaMU...*

3 comments:

  1. knor suka ckp dlm hati..Allah terima ke segala perbuatan aku ni..redha ke Allah dgn solat ku.

    apa sal anak lawan ckp aku ni..solat aku tak betul ke..selalu menyalahkan diri sendiri..istigfar byk2 lps tu..manusiakan..mmg lemah.

    ReplyDelete
  2. enak baca kata2 di atas..seakan memberi motivasi..nak copy boleh..dgn izin ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila, sila..jika sesuatu yang bermanfaat tu sangat dialu-alukan untuk kebaikan kita bersama

      Delete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign