Asam Garam Kehidupan: Ati ku sayang berpindah lagi.

Nuffnang

Pages

22 Jan 2021

Ati ku sayang berpindah lagi.

Salam jumaat sahabat kesayanganku semua. Semoga semua sihat2 saja di musim pkp ni. Jomla kita ramai2 pakat doa supaya tahun ni kita dapat raikan Ramadhan seperti tahun2 sebelum badai covid dulu. Rindu Ramadhan yang damai, tak lama dah kita nak menempoh bulan mulia tu..

Jomla kita ceria2kan diri dengan keindahan yang dikurniakan Allah sementara kita masih bernafas hari ni😁😁😘
Dah 4x dia berpindah randah. Kali ni dari atas tembok kita suruh dia pindah keliling tiang ni pulak. Biar dia jadi penyeri tiang nan sebatang ni, senang sikit nak dibelai2 manja, hehe.
Dah alang2 berkebun hari ni, sempatlah juga menyemai benih sawi dan bayam. Mudah2an lah hidup subur sempena hari jumaat ni kan. Cuaca pun takdelah semendung 2,3 minggu lepas tapi taklah seterik matahari pertengahan tahun. Sedang2 eloklah untuk saya, untuk pokok hidup pun oklah rasanya kan..

Eh..alamak, belum potong kuku lagi. Jap lagi nak masak pulak. 
Salam sayang semua. Mmmuahh.😘😘

13 comments:

  1. Oh terima kasih ingatkan. Saya pun belum potong kuku. Baru balik daripada pasaraya.

    ReplyDelete
  2. Hihi..baru ingat juga tak potong kuku lagi.
    Azi sama lah dgn akak suka pindah2kan.Rasa satu kepuasan kan.

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat kak. Ok jugak dipindah-pindahkan. Ubah selera dan pemandangan

    ReplyDelete
  4. Hehe terima kasih atas ingatan untuk potong kuku kak

    ReplyDelete
  5. Wah! Suburnya pokok ati-ati.
    Kalau musim hujan, tanaman hidup subur.
    Encik Suami pun pindahkan pasu-pasu bunga ati-ati ke tempat lain yang lebih luas sebab pasunya pun dah bertambah.

    ReplyDelete
  6. nak cari juga pokok ati ati ni nanti

    ReplyDelete
  7. Salam kak Azimah, shida dtg menjengah :)
    Subur tanaman kak azimah..moga terus subur dan membuahkan hasil :)

    ReplyDelete
  8. Rimbun betul pokok ati ati tu. Cantik! Berpindah randah dia ye.
    Banyak dah tanaman akak, selamat menyemai dan semoga berhasil :)

    ReplyDelete
  9. re-arrange pasu2 bunga ni satu terapi..cantik pokok ati2..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign