Asam Garam Kehidupan: Jom menanam pula.

Nuffnang

Pages

20 Jan 2021

Jom menanam pula.

Banyak masa terluang ni, budak2 ngaji kuberi cuti 2 minggu sambil mengkuarantinkan diri, langkah berjaga2 sebab ensomi ada contact dgn contact positif covid kan, jadi kita isi masa dengan berkebun. Nak buat lepas sehari ke sehari waktu budak2 ngaji ada memang tak sempatlah. Bila petang memang tak kuasalah dah panas. 
So hari ni kita buatlah apa yang patut.
Serai tu dulu dalam pasu kecik, hari ni kita tukar dalam bekas besar sikit.
Pokok apatu, alahhhhh...jenuh nak ingatkan namanya, yang daun macam daun sirih tu, dulu satu bekas dengan kunyit, hari ni kita asingkan letak dalam pasu lain. 
Pokok kunyit tu dalam tong putih tu, tambahkan tanah..intai2 belum nampak pun lagi isi kunyit tu..ermmm tapi daunnya dah selalu juga diambil buat rencah gulai lemak kuning tenggiri.

Esok nak semai benih bayam dengan sawi pulak..alang2 berkebun, biarpun tak bertanah cuma berpasu..akan kuusahakan juga..mwehehe..

Salam sayang korang.

19 comments:

  1. nanti nk masak amik dr hasil tanaman je..jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu mama tisya, jadilah sikit2 boleh jimat.

      Delete
  2. Rajinnya..

    Rumah kami dah xder tempat bercucuk tanam, 1 bahagian garaj terbina sebuah rumah kucing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu best juga, boleh manja2 dgn kucing, kami ensomi tak bagi bela kucing,huhu

      Delete
  3. salam sayang kak azimah :)
    semoga sihat segar bugar semuanya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, akk tak boleh lupa siram kalau tak siram alamatnya layulah dia

      Delete
  4. Daun kaduk ke kata daun sirih?
    Semoga ada hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, daun kaduk..jenuh nak ingatkan..akk tanam utk buat ulam nasi kerabu tu

      Delete
  5. berbudi pada bumi tuuh.. 😎😎😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumi wak?? Tanam dlm pasu guane nak kata bumi, hehe..

      Delete
  6. Daun kaduk tu yang macam daun sirih. Moga tanaman hidup subur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, tulah..tadi jenuh nak ingatkan nama dia, sampai sudah tak ingat.
      Hadoiii

      Delete
  7. Daun kaduk yang macam sirih tu. Isi kunyit tak ada, guna daun buat masak pun sodap kak. Selamat menambah tanaman dan semoga semuanya berhasil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah fiza, akk tanam tu boleh guna buat rendang kan, mak mentua akk ajar boleh buat cekodok juga, boleh tahan lah satu kelainan.

      Delete
  8. Salam bertani
    Semoga menjadi tanamannya

    ReplyDelete
  9. rajinnya... kakmim ada pokok daun kari je... itu pun ikhsan ayahanda... dlu ada la tanam sayur... menjadi jugak tp ayahanda jugak tanam... hahaha

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign