Asam Garam Kehidupan: Langkah berjaga2πŸ˜…πŸ˜…

Nuffnang

Pages

13 Jan 2021

Langkah berjaga2πŸ˜…πŸ˜…

Dari berlaku pembaziran, hihi..yelah, uniform baru pakai 2,3 bulan je tahun lepas, ukur2 dah singkat. Nak beli baru tinggal tahun ni je nak habiskan, tahun depan dah pakai seluar kaler lain, pastu kalau beli baru buatnya sekolah 2,3 bulan je macam tahun lepas juga, dah membazir juga.

Jadinya supaya poket tak parah sangat bocornya kita buat macam ni jerr..
Yang putih seluar sekolah agama, yang biru seluar sekolah kebangsaan. Kita tetas bahagian bawah tu, hantar kat tukang jahit, suruh lipat sikit je dan jahit semula. Bolehla pakai untuk tahun depan. Ha..bijak tak? Hihi.
Kaki seluar sekolah agama tu nak kena sental sebab hitam kat situ. Nanti kita gosok semula supaya hilang kesan lipatan tu.
Korang dah beli ke uniform sekolah baru? 

15 comments:

  1. Masa saya sekolah mak saya buat begitu. Tambah kain kat atas untuk panjangkan. Kelepet baju tambah sedikit kain dan jahit.

    ReplyDelete
  2. betul cara ni kak, kalau tak macam tahun lepas pakai kejap je

    ReplyDelete
  3. dah beli semua dah serba satu. sebab yg tahun lepas elok lagi..cuma senteng la...nnt nak buka kelimnya dan jahit balik. tp entah bila nak buatnya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Selagi boleh berjimat, kita berjimat. Nak-nak lagi musim covid ni... Sikecil haikal pun pakai yang tahun lepas je..masih muat

    ReplyDelete
  5. a ahh kan tahun lepas kanak2 skolah beberapa bulan saja..
    ujian tahun ni tak tahu pula bagaimana..

    ReplyDelete
  6. Belum beli lagi. Uniform 2020 masih elok, cuma kena beli kasut saja.

    ReplyDelete
  7. kaki seluar sekolah agama anak saya habis koyak dan hitam2..melasak cmana kat sekolah entahlah hahaha

    ReplyDelete
  8. Bijak2..

    Alya dah beli cuma kasut belum, rasa syg pula sbb belipn dlm bulan 7@8 gitu.

    Cuma beli kasut kain untuk pj kot sbb dah ketat

    ReplyDelete
  9. Menarik jugak. Musim covid ni kita memang disarankan berjimat. Selamat kembali ke sekolah untuk anak akak. Harap dapat menikmati alam persekolahan macam dulu-dulu secepat mungkin

    ReplyDelete
  10. terasa sayang kan azi, uniform masih boleh di baik pulih, tak ada pembaziran di situ, alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. bijak nor berjimat cermat tak suka membazir

    ReplyDelete
  12. Iman tak beli lagi apa2 pun sebab kalau pegi sekolah mungkin dlm bulan Mac untuk tingkatan 2 &3.Ada masa lagi nak membeli.
    Dulu masa anak2 akak semuanya masih sekolah disebabkan nak jimat ,guna baju dan seluar 2 tahun sekali baru ganti.Jadinya kalau senteng memang akak buka jahitan dan jahit sendiri.

    ReplyDelete
  13. bijaknye mak sapela ni khannns., ;p

    ReplyDelete
  14. selagi boleh jimat, kita jimat :)

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign