Asam Garam Kehidupan: Macamlah dia budak besarπŸ˜‚πŸ˜‚

Nuffnang

Pages

12 Jan 2021

Macamlah dia budak besarπŸ˜‚πŸ˜‚

"Ustazah..kenapa budak kecik tu tak pakai baju cantik hari ni?"
Uk aloh, macamlah dia tu besar sangat kata kat orang budak kecikπŸ˜…
Kisahnya budak baju belang oren tu kehairanan tengok budak tudung biru tu, selalunya budak tu pakai lengkap baju kurung comel je dengan tudung, tapi hari tu budak tu cuma pakai t shirt lengan panjang dan seluar saja..tu yang dia pelik.
Saya ada 3 orang budak kecik, budak umur 4 tahun tapi kira tahun ni masuk 5 tahun lah. Ketiga2nya masih pelat2 menyebut huruf, masih main2, masih takde tumpuan masa ngaji..ermmm..apa lagi..yang 2 orang dalam gambar tu jenis suka nyembang, banyak cakap betul, kalau kita layan pakai jawab sampai sudah tak habis ngajinya.
Yang tudung biru tu ekceli baru sebulan masuk ngaji, tapi budaknya tak pemalu, pelat sangat sampai kita dengar dia sebut huruf tu bunyinya macam sama je semua huruf. Dorang dah berkenalan dah tu, cuma agaknya belum ingat lagi namanya sebab tulah digelarnya budak kecik, padahal dia pun budak kecik. Memamg jenis badan kecik comel je ketiga2 orang, nanti kalau kebetulan sama2 datang 3 orang, saya ambik gambar tunjuk betapa comel 3 orang anak saya tu.

8 comments:

  1. Itulah kadang-kadang ada gelaran yang tidak seronok kita dengar.

    ReplyDelete
  2. Hehe..keletah budak budak. Dah lama kenal nanti berkepit je lah. Comel semuanya dan rajin datang mengaji.

    ReplyDelete
  3. hehe, sebaya je pun..ni kalau dah rapat cakap tak henti ni.

    ReplyDelete
  4. Hihihi cutenya! Bukan main dia komen baju orang ek��

    ReplyDelete
  5. comey comey belaka :)

    ReplyDelete
  6. Bagusnya kecik2 dah belajar ngaji

    ReplyDelete
  7. eheee comel je gelagat kanak2 ni..

    ReplyDelete
  8. Suci bersih wajah anak-anak syurga.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign