Asam Garam Kehidupan: Selepas surutnya air.

Nuffnang

Pages

9 Jan 2021

Selepas surutnya air.

Peritnya bagi mereka yang berdepan banjir bila kehilangan banyak harta benda, malah ada yang kehilangan insan tercinta akibat lemas. Mudah2an mereka diberi ketabahan yang banyak dalam menghadapi musibah, mudah2an Allah ganti dengan sesuatu yang jauh lebih baik baik di dunia mahupun di akhirat.

Dan mudah2an kalau berlaku lagi air naik, airnya tidaklah sampai menenggelamkan harta benda. Perit juga nak bangkit semula selepas musibah. Mana yang nak dibuang akibat rosak ditenggelami air, mana yang masih boleh digunakan, nak cuci semula dinding, lantai yang dipenuhi lumpur. 
Gambar di atas adalah suasana di kampung Dong, Raub Pahang selepas banjir surut. Sementara kawasan Temerluh, Pekan, Bera banjir belum surut. Masih ramai yang berada di pps. (pusat pemindahan sementara).

Bagi kita yang tidak diuji dengan musibah banjir ni, jangan sampai tak ambil pusing, sekurang2nya kita bagi semangat kepada mereka, jangan lupa panjatkan doa minta Allah permudahkan urusan mereka. Bagi yang ada kemampuan, bolehlah menghulurkan sumbangan berupa wang atau apa sahaja yang kita termampu. Mudah2an juga asbab kita saling memudahkan urusan orang lain, Allah permudahkan pula urusan kita..In shaa Allah.
Jika di sebelah pantai timur dan selatan tanah air diuji dengan musibah banjir, kami di ibu negara terutama di Selangor pula berdepan dengan jangkitan covid yang semakin tinggi sehingga mencecah angka 3k pada tarikh 8 Disembar, satu peningkatan yang amat membimbangkan. Gambar di atas tu adalah mereka yang positif covid dan ditempatkan di Maeps Serdang disebabkan penuhnya wad2 hospital yang menyediakan rawatan covid.

Perit juga ujian Allah di awal tahun 2021 ni.. Tarikh naik sekolah semula yang dijadualkan pada 20 Januari ni pun nampaknya belum pasti lagi..tak mengapalah..apa2 pun semoga kami tetap kuat ya Allah..
Letih dan ngantuk.

6 comments:

  1. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..huhu
    semoga mereka tabah. Baru engok gambar dah terasa penat dan sedihnya :(

    ReplyDelete
  2. Ya mampu doakan dari jauh.

    ReplyDelete
  3. Kat JDT ni dah mula hujan berterusan semula.
    jangan ada gelombang banjir ke-dua pulak.

    ReplyDelete
  4. semoga mereka tabah..letih nak bersihkan rumah lepas banjir..

    ReplyDelete
  5. Kesiannya tengok keadaan rumah mereka. Teruk juga banjir kali ni. Johor diramalkan makin berlarutan. Marilah membantu semampu kita

    ReplyDelete
  6. Bermacam macam dugaan kita di awal tahun ni. Semoga mangsa banjir tabah dan kuat semangat untuk meneruskan kehidupan. Johor pun teruk juga banjirnya. Lepas ni kita kena hadap PKP PKPB pulak.

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign