Hatiku ada kamu.
heronya bernama Azlan. Heroin dia Nani, ibu tunggal comel ada 2 anak. Azlan dah kahwin dan baru saja dapat sorang anak,tapi hatinya terpaut kasih kat Nani lah plak..hehe, tapi jangan cepat salah faham ye, sebab Nani tu hanyalah sekor kucing.Seperti yang awak minta.
Heronya Busrain dan Mayah. Dorang ni berkonflik dalam rumah tangga kerana orang ke 3. Akhirnya bercerai...
Eh..takleh citer semua, nak tau kena lah beli novel ni..
Galas.
Heronya bernama Khalis. Disangka anak orang gaji, rupanya..
Bunyi agak klise kan, tapi klise yang tidak dijangka, haha..
Kalau nak tau apa yang tak sama tu, belilah novel Syaz Eym ni..tak rugi tau.
Jun.
Heronya bernama Nabil, seorang supir taksi ya om..heroinnya Jun, seorang isteri muda yang teraniaya. Kesian sungguh nasib si Jun, Alhamdulillah jumpa orang baik macam Nabil.
Selesai.
Kisah dua orang adik beradik..Sadah dan Rizal. Sadah sanggup tidak kawen kerana nak menjaga adiknya Rizal yang ada penyakit kanser dalam buah pinggang. Tapi Rizal ada beberapa permintaan sebelum tiba hari kematiannya, tapi rupanya Allah berkehendak yang lain..apakah itu??
Pesona Fitra.
Hero hensem dalam cerita ni bernama Muhib, si bujang terlajak yang ada kedudukan, kerja pun bagus..tapi tak nak kawen..kenapa ek?
Sekali tu dia setuju nak kawen, tapi ada insiden di luar dugaan lah plak, adoi yai..kesian Muhib..
Antara dua.
Heronya masih si Muhib. Sekali si Muhib yang patah hati?? terbercinta dengan 2 orang gadis cantik bernama Akalili dan Amna Hamra. Dua2 cantik, dua2 mempersona. Dua2nya Muhib kasih dan dua2nya Muhib nak buat isteri..tapi boleh ke??
Demi restu.
Heronya tetap juga Muhib. Muhib diminta oleh mak di kampung supaya memilih antara dua..Akalili atau Amna Hamra. Tak bolehla tamak ye Muhib.
Apa agaknya yang Muhib buat untuk memilih siapakah di antara keduanya yang layak dijadikan isteri??
Perlu kembali.
Ada hero baru nampaknya bernama Ismat. Makin menarik pulak jalan cerita novel ni bila Ismat jumpa Akalili dalam perjalanan ke kampung Daching. Siapa Ismat ni? Macamana dorang boleh sama2 nak ke kampung Daching tu?? Ada apa di kampung Daching??
Taufan dalam hati.
Lah..gitu ke??
Hikmah Isu ini.
Ismat plak bercinta dengan Akalili..tapi nampaknya antara keduanya tak serasi. Banyaklah juga sabab musababnya yang akhirnya membawa kepada perpisahan mereka.
Tapi si Ismat ni terjumpa plak denga si Jun...mungkinkah ada jodoh antara mereka??
Merungkai.
Jeng3x..masuk Khalis lagi sekali berganding plak dengan si Akalili. Sama2 panas, sama2 ada angin...mungkinkah ada jodoh juga antara mereka??
Sejujurnya aku.
Bab penutup dalam novel ni. Nak tau kenalah beli ye dan baca sendiri novel yang menarik ni. Setiap bab ada kejutan yang kita tak jangka.
Pada saya tak rugi kalau anda beli novel Syaz Eym ni, sebab jalan cerita dia menarik dan tersendiri.
Syaz, mula2 akak hairan juga apa lah kaitan si Azlan bab pertama tu dalam novel ni. Bila cari2..oh...rupanya Fisah isteri Azlan tu..
Muhib, Busrain dan Ismat ni adik beradik, Fisah tu adik perempuan tunggal mereka.
Watak2 lain sepert Khalis, Sadah, Himayah, Jun, pemandu teksi bernama Nabil, walau pun sebagai watak2 tambahan saja tetap menjadi tunjang kuat dalam novel ni.
Jadi bolehlah contact Syaz Eym ye kalau nak dapatkan novel ni.
No contact nombor Syaz.
0192984616.
Terima kasih Syaz. Semoga Syaz terus suksess dalam dunia penulisan dan suatu hari menjadi seorang penulis novel yang berkaliber.
Terharu saya baca review kak azimah, terima kasih kak azimah, antara yang selalu beri galakkan pada saya ❤️❤️❤️🤗
ReplyDeleteAgaknya tepat ke tak tepat review akk tu, hihi
DeleteBestnya..SA pun blom order lagi..nanti nak order jugak la...
ReplyDeleteBelila SA, best citernya
DeleteWah Azi layan novel ya...Akak suka juga baca2 novel ni tapi dah tua2 ni baru 2 3 mukasurat mata dah mengantuk.
ReplyDeleteSaya novel cinta klise tu takde nya saya layan, tapi novel syaz ni best kak, sbb tu saya baca.
DeleteBeri sinopsis setiap cerpen.
ReplyDeleteAda kantan watak-watak itu rupanya.
Ya NA, supaya NA pun tingin nak beli dan baca, hihi
Deletebest kan..suka cerpen yg berkait-kait,kena teliti..satu garapan yg baik drpd Syaz..I likeee it..
ReplyDeleteBetul Nohas, citer syaz ni lain macam jalan citernya walaupun tetap ada unsur kebetulan tu.
Deletewahhh tak sabar shida nak baca sendiri :)
ReplyDeleteTake your time shida😁
DeleteTahniah buat Syaz Eym
ReplyDeleteteruslah berkarya.
Betul3x.
Deletetahniah buat syaz :) terima kasih juga buat azie kiriman sambal rozel yang sedap sangat rupanya bila di jadikan sambal
ReplyDeleteSedap ye sambal roselle,hihi.
DeleteTahniah buat Kak Syaz Eym dan juga akak dapat hadiah ni. marilah kita membaca. Saya pun baru dapat :)
ReplyDeleteBest kan bukunya.
DeleteOh semua watak ni berkait-kait rupanya... Menarik!
ReplyDeleteYe betul cikTK, wataknya saling berkait.
DeleteSuspens juga ceritanya ye, sampai pembaca tertanya-tanya. Di akhir cerita terjawab juga.
ReplyDeleteAda unsur saspen, humor pun ada pendek kata cukup rencahlah pada saya. Amie kena beli satu kalau nak tau.
DeleteMacam filem 'Cinta' la ni. Banyak watak dan cerita, hujung-hujung baru tau diorang berkait
ReplyDeletesama dengan life kita juga.. tanpa sedar
ReplyDeletekita semua berkait antara satu sama lain =)
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.