Asam Garam Kehidupan: Apa nak buat dengan lebihan ayam kepsi nih.

Nuffnang

Pages

23 Nov 2020

Apa nak buat dengan lebihan ayam kepsi nih.

Anak bujang pergi beli ayam kepsi tapi tak pandai nak oder..orang cakapla nak bahagian thigh kr, peha ke..bila tak minta dia bagi almost isi dada je korang, hadoii..habis tu tinggal berketul2 sejuk je dalam esbok tu.
Takleh jadi ni, pembaziran itu satu kerugian,hihi..
So sebagai mak yang pakar mengolah resepi..ecehh..maka terciptalah menu yang tak bernama ni,bolehla namakan ayam kepsi campak2 kan.
Ni rupanya tak menarik sebab kurang rencahnya, anak dara tu tak suka bawang.
-So menunya, ayam tu kita potong kasi kecik2 supaya mudah resap rencah.
- Tumbuk bawang putih, sikit je halia dan cili api jangan hancur sangat ye.
-Tumiskan bahan tumbuk, dah garing masukkan kicap manis dan sos tomato, masukkan air supaya tak kering sangat.
-Masukkan ayam dan bawang holland.
-Biarkan agak kering. Masukkan sikit garam,perahkan sebiji limau kasturi..wallah..terangkat.
-siap untuk disantap.

Selain dimasak camtu, 2, 3 ketul yang lain dibuat rencah nasi goreng. Maka selesailah masalah lebihan ayam kepsi.

16 comments:

  1. Sedap juga ni. Kalau saya dapat bahagian isi tu selalu carik carikkan masuk dalam nasi goreng. Pun sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah fizah, ada juga taruk dlm nasi goreng. Potong kecik2, makan pulak. Kalau berketul besar tu semua tak pandang

      Delete
  2. Bagus gunakan dengan cara lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah fikir nak habiskan supaya tak terbuang NA

      Delete
  3. Masak campak-campak selalu sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal, teknik campak2 ni selalunya berhasil, hihi

      Delete
  4. Wak pun tak suka kalau dapat bahagian tu.
    Selalunya mintak bahagian kepak atau paha.

    ReplyDelete
  5. betul, kalau part dada tu memang selalu berlebih hahaha

    ReplyDelete
  6. PANDAI MENGOLAHNYA SEDAP HASILNYA XLAH MEMBAZIR

    ReplyDelete
  7. Sedap tu bila dah diolah.Akak pula pernah buat masa sehari sebelum raya dulu,dada ayam kfc tu akak carik2 masukkan dalam serunding kelapa.Asalkan tak membazir semua boleh buat kan.

    ReplyDelete
  8. sedap ni, ala-ala masak kicap jg..

    ReplyDelete
  9. nanti cuba buat nasi goreng ayam kfc kak... mesti laku keras punya

    ReplyDelete
  10. sedap juga buat mcm ni kak azimah..menarik!

    ReplyDelete
  11. Sy suka masukkan dalam nasi goreng.. Potong kecil-kecil nanti habis jugalah anak-anak makan :)

    ReplyDelete
  12. bawang adalah rempah masak yang mesti digunakan , rasanya kurang sedap bila tanpa bawang

    ReplyDelete
  13. Sedapnya makan lebihan ayam kepci. Aromanya tu lain dari yang lain!

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign