Asam Garam Kehidupan: Scanner menjerit.

Nuffnang

Pages

18 Nov 2020

Scanner menjerit.

Salah satu sebab malas nak keluar musim pkp ni sebab banyak naw prosedur nak kena ikut. Kadang prosedur yang tak masuk akal macam artis yang telah berhijrah Zul Yahya cakap, dalam kereta sekarang ni dah boleh naik 3 orang satu kereta, pergi masuk pasaraya pun jalan rapat2, pergi makan kat kedai makan pun boleh duduk rapat2..tapi bila pergi solat masuk masjid nak solat kena jaga jarak 1 meter..kan tak logik tu.
Kenapa ada double standard di situ?? Prosedur Allah dan Rasul kita langgar..prosedur buatan manusia kita ikut je tanpa bantahan...sape yang lebih wajib kita patuh sebenarnya?? Sepatutnya waktu kita diuji dengan bala dan musibah macam nilah kita lagi nak mengadu kepada Yang lebih layak..Yang lebih tau..
Haishhhh..kalau nak cakap bab perasaan tak puas hati ni mau terbakar jantung ni rasanya..jadi saya nak ajak diri saya dan anda..ya anda yang sedang membaca entri saya ni..jomla kita pakat2 suarakan pendapat kita supaya akhirnya sampai kepada pihak yang berwajib.

Oh..pasal scanner menjerit tu camni..sabtu lepas saya pergi pasaraya soping barang dapur. Punyalah panjang kena beratur. Sebelum masuk dah scan suhu normal 36.5°©. Pastu beratur panjang nak masuk ke bahagian barang dapur tu..agaknya ada 15 minit kot. Nak masuk tu kena scan lagi sekali..tiba scanner tu menjerit punya kuat..titt..titt..titt..titt dan panjang...alamak..tergamam saya tengok2 suhu tunjuk 38°©..terus kena tahan dengan pak guard tak kasi masuk..dia suruh tunggu kejap, kena scan lagi sekali..lahh..ok jer..baru 36.8°©, tu pun pada saya tinggi tu sebab biasanya 36.3, 36.4 tak pernah cecah 36.8..kalau 38 tu dah konpom tak keluar ke pasaraya la weii..

Tu yang saya kata malas naw nak keluar tu.

Tingat cerita ustazah Asma Harun lagi haru, lagi kesian..lagi tak tau nak cakap apa. Ustazah cerita dia dalam perjalanan nak ke satu tempat ceramah, dah masuk waktu maghrib..nasib dah ada wudhuk, nak singgah masjid, surau semua tutup, tak boleh masuk. Petronas pun sama, suraunya dikunci. Ustazah terpaksa singgah pas satu kedai ke satu kedai minta nak tumpang solat, semua tak kasi. Sampai kat satu kedai jual baju..merayu2 ustazah kat jurujual kedai tu minta nak tumpang solat, mula2 tak kasi juga, ustazah kata dia dah ada wudhuk..jurujual tu suruh masuk solat kat fitting room sebab kat situ jer takde cctv jadi bos tak nampak, masuklah ustazah solat kat fitting room..walaupun sempit ustazah kata waktu tu terasa sangat dekat dengan Allah bila dapat solat walaupun bersusah payah macam tu..

Kan? Betul tak kalo kita keluar dan bila masuk waktu solat kat mana kita nak solat...bila dah macam ni berapa ramai orang islam tak solat?? 

So..fikir-fikirkanlah wahai yang diamanahkan kat atas tu...


16 comments:

  1. Memang malas keluar rumah. Suka keluar awal-awal pagi jadi orang pertama depan pasaraya. Hehe tidak pun pergi sekejap.
    Yeah pasal solat kena tekankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi awal pun tak guna juga Na, sbb lauk basah kadang lambat sampai. Nak tak nak kenalah keluar lewat sikit, org pun dah ramai.

      Delete
  2. Dah macam kat oversea, nak solat susah. Kat mall pun tak make sense surau tutup. Yang keje kedai situ kena solat dalam store. Kalau jenis yang malas nak effort lebih terus tinggal je. Saya pun harap masjid dan surau dibenarkan berjemaah semula. Tak dapat semua, untuk lelaki je pun cukuplah. Tapi tulah mufti dok ulang ayat sama, tak nak timbul fitnah pada agama. Alahai, orang kalau nak fitnah, dia fitnah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. SalbiahM..lama tak jumpa, sihat ke? Trmkasih atas kunjungan.
      Tu yg akk kata, kenapalah ada double standard, padahal pasaraya, kedai makan boleh je masuk ramai2.
      Mudah2an Allah pandang apa yg akk tulis kt atas tu sbg satu usaha kecil utk membela hak Allah dan Rasul.

      Delete
  3. kena timing betul2 kalau nak keluar rumah..semoga pandemik covid ni cepat berlalu..

    bab solat ni org sgt sensitif, ofismate saya ada yg tak solat, bila cakap, dia suruh jg hal masing2..org selalu anggap solat ni hal peribadi, antara dia dgn Allah, dosa dia yg tanggung..cabaran dakwah kpd yg Islam sejak lahir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kan bila lihat kawan baik kita tak solat, kita nak tegur pun rasa serba salah..hanya mampu doa dlm hati. Nak dakwah ni banyak cabarannya, perlu ilmu dan method yang sesuai.

      Delete
  4. sedih sangat bab surau di tutup ni azie, hari tu ke shah alam mall sebesar2 tu surau di tutup, mujur juga shah alam banyak masjid kami singgah solat, pun ada SOP yang ketat, sampai ruang wuduk pun terhad. Semoga pendamik ini cepat-cepat berlalu, ujian yang cukup hebat buat kita umat Islam yang kadang2 banyak keraguan dan kekeliruannya.

    ReplyDelete
  5. Ya, ujian buat kita samada kuat atau tidak nak mempertahankan syariat solat tu. Tak solat putuslah hubungan kita dengan Allah.

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat. Pernah dengar satu ceramah, Ustaz tu cakap "sebab apa kat Malaysia ni berlaku macam-macam masalah? Sebab 80% orang Islam yang ada kat Malaysia ni tak solat". Gerun dengar. Paling sedih bila yang tak solat tu orang yang kita kenal :(

    ReplyDelete
  7. Biasanya memang Eina akan keluar lepas waktu solat, so lepas solat kat rumah baru keluar. And Eina akan pastikan tempat yang Eina nak pergi tu memang senang nak solat. Kalau kebetulan kat luar shopping mall, Eina and husband akan cari masjid atau surau yang besar2, biasanya tak tutup. Solat ni la akan mudahkan semua urusan kita kan. Tapi ramai yang tak sedar.

    ReplyDelete
  8. dana dah lama tak ke pasaraya, selalu memang edy je yang beli barang dapur sejak pkpb mula ni memang duduk rumah je kecuali masa untuk ke pejabat je.

    ini dana sertakan link resepi gerang asem tu ye
    http://misshamakeupstore.blogspot.com/2019/09/resepi-terung-garang-asem.html

    ReplyDelete
  9. kalau keluar banyak masalah yg terpaksa hadapi jawabnya berkurung di rumah sajalah nor

    ReplyDelete
  10. saya pun malas juga kak azimah..lg2 tgk org x ikut sop..alih2 saya duk lam keta je suami je masuk ^_^

    ReplyDelete
  11. Macam-macam dugaan musim pandemik yang tak tahu bila akan berkesudahan. Saya pun malas nak keluar rumah kecuali jika ada keperluan.

    ReplyDelete
  12. samalah, malas nak keluar kalau takde urusan. Barang barang pun husband sorang je pergi beli.

    ReplyDelete
  13. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign