Asam Garam Kehidupan: Amalan untuk mendapatkan jodoh.

Nuffnang

Pages

26 Nov 2020

Amalan untuk mendapatkan jodoh.

Saya nak sharekan di sini, hasil mendengar satu kuliah. Mudah2an bermanfaat kepada sesiapa saja yang nak mengamalkannya.

Buatlah dengan yakin dan penuh pengharapan kepada Allah, mudah2an Allah permudahkan sampai jodohnya.

Apa yang perlu dilakukan, buatlah solat hajat 2 rakaat, dalam sujud akhir baca ayat 24 dari surah Al Qasas sebanyak 17 kali.
اللهم اني لما انزلت الى من خير فقير
Maksudnya..Ya Allah, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.
(Allahumma inni lima anzalta a'laiya min khairin faqir- saya tuliskan dalam ejaan rumi, tapi sebaiknya buka Al Quran untuk tahu lebih tepat panjang pendek bacaan dan makhraj huruf ye)
Ayat ini dibaca oleh nabi Musa as semasa baginda sedang duduk di bawah pohon dalam keadaan penat dan lapar setelah menolong anak perempuan nabi Shuaib memberikan binatang ternak mereka minum air dari satu perigi.
Bolehla dengar kuliah dari mana2 untuk mendapatkan cerita sepenuhnya.

Boleh juga amalkan mandi dengan 7 jenis bunga yang berlainan warna dan bau. Ini tiada kaitan dengan unsur khurafat dan jin ye. Sebab bunga memang ada auranya sendiri, yang in shaa Allah dapat membuang aura2 negatif yang ada dalam badan kita. Just hancurkan bunga dalam air dan mandi. Kalau nak lebih wangi campurkan sedikit minyak wangi 1000 bunga. Orang yang dah berkahwin pun boleh buat bila badan tu rasa lesu tak bermaya untuk mengembalikan kesegaran. Nak lagi bagus, campur dengan ketulan2 ais buat berendam, lagi power in shaa Allah.

Moga bermanfaat.

9 comments:

  1. Terima kasih kongsi.

    ReplyDelete
  2. kebetulan, saya masih bujang

    Insya Allah, saya akan menggunakannya jika saya tidak lupa haha

    ReplyDelete
  3. Moga bermanfaat untuk yang belum mendapat jodoh yang sesuai di hati.

    ReplyDelete
  4. semoga yang masih mencari jodoh, mendapat si dia yang terbaik buat diri mereka :)

    ReplyDelete
  5. Selain dari itu akak ada juga dengar ceramah ustaz Kazim ,kalau nk dapat jodoh amalkan baca surah Ar Rad ayat 1 hingga 3.Bila suruh ank dara akak buat dia kata belum nak kawen lagi..ermm.

    ReplyDelete
  6. Yang berkahwin pun boleh segar kan badan dengan keharuman extract Bunga semula jadi. Terimakasih kongsi.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Ayat 24 surah Al Qasas, tidak dimulai dengan ayat awal, tapi dimulai dengan rabbi inni, tapi untuk sesuaikan dengan doa ustaz tukar kpd Allahumma inni.

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan urusan mereka yang ingin menjadi jodoh. Aaminn

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign